Thursday 26 May 2011

Brain Gym & Psychomotoric exercises

Google maps S.K. Kg. Lalang, Gerik


View Larger Map

Pengguna Komputer Cepat Mati?

Tidak boleh dinafikan bagi sesetengah orang (terutama yang kurang berminat dengan aktiviti luar) blogging amat menyeronokkan dan kadang kala terasa semacam ketagihan. Namun ramai di kalangan blogger yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer kerana terlalu asyik blogging selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan menyebabkan otot-otot tubuh menjadi kaku, keras dan memedihkan mata. Selain itu turut mengundang ancaman lain yang berisiko tinggi kepada kesihatan.


Menurut kajian daripada Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand, pekerja pejabat atau sesiapa sahaja yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di depan komputer berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital yang disahkan mengidap Deep-vein thrombosis (DVT) atau darah beku, adalah terdiri daripada mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep-vein thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil daripada aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Perkara ini menjadi lebih buruk apabila bilik yang diduduki adalah berhawa dingin di mana udara sejuk di dalam bilik itu akan mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pesakit yang mengidap masalah itu secara purata duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34% dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah terdiri daripada mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan hanya duduk di kerusi, sementara 21% pengidap lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh berpindah ke jantung, paru-paru atau otak dan boleh menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang daripada kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Oleh itu wahai para blogger sekalian, beringat-ingatlah sebelum terlambat. Kesihatan perlu sentiasa diutamakan di dalam apa jua yang kita lakukan.

Wednesday 25 May 2011

Koir Permata Seni......layan la, comfirm best.

ADUHAI NASIB SI GURU

Aduhai nasib si guru
kerjanya banyak tak menentu
ibu bapa bising selalu
sampai telinga rasa tepu.

Aduhai nasib si guru
hidup segan mati tak mahu
kera di hutan disusui
anak sendiri bimbang tak jadi.

Masa mengajar tak main-main
pinggan tak retak nasi tak dingin
walaupun murid tak ingin
guru tetap, tak naik angin.
Hidup seorang guru sungguh bahagia
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang

Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam bekerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malamnya indah
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurnya selesa

Orang kata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-kerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin mencurah makin mendekat

Orang kata guru itu bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu sungguh riang
Sekali berkata murid ketawa riang
Bila berjaya murid terus dijulang
Jasa bakti tak pernah hilang

Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke hutan seperti tak berpenghuni
Lebih-lebih lagi hulu banat tak bertepi
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk ke hutan untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agar kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT

Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih minta agar dipindah, tak pernah dapat
Aku kata guru itu senang
Kereta tak ada tak bayar hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup sebagai pejuang

Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata

Kasihanilah Ibumu

Ketika kamu masih dalam kandungan,ibumu menanggungmu penuh keperitan dan kepenatan namun tiada ia mengeluh, bahkan tangannya tinggi menadah kepada tuhan agar ia dikurniakan anak yang baik, yang cantik, yang bijak, yang beriman, yang menjadi cahaya matanya, yang menjadi tempat berteduh ketika ia telah tua. Namun kamu membalasnya dengan terjahan di dalam perutnya. Tapi ibumu hanya berkerut mukanya menahan sakit sambil tangan mengusap perutnya.

Ketika kamu dilahirkan, ibumu memelukmu erat memberikan susunya, mengusap kepalamu dengan penuh kasihnya, bersengkang mata hingga ke kejauhan malam bimbang tidurmu terganggu. Namun kamu membalasnya dengan berak dan kencingmu dan tangisan memecah malam yang sepi. Tapi ibumu tetap senyum menepuk dan memujukmu dengan dodoian lagu samar-samar lahir dari bibirnya.

Ketika usiamu melangkahi musim, kamu disuapkan nasi, dihayunkan dalam buaian, dimandikan air suam, disalinkan pakaian selalu dan mengajarmu bertatih. Namun kamu sepahkan makanan, bebal tak tentu punca, berak kencing merata. Tapi ibumu tetap merasa bahagia.

tika kamu mula berkata-kata, mengajuklah ibumu setiap kata-katamu, dibisiknya kata ‘emak, abah’sebagai kata yang mula. Namun bila besar ibumu tidak cantik di bibirmu. Tapi ibumu masih ibumu jua.

Ketika menghantarmu ke sekolah, kamu dipakaikan pakaian baru, dibekalkan sarapan takut anaknya lapar, menghantarmu dengan harapan menggunung, menyiap masakan dirumah menunggu anaknya pulang. Namun hasrat ibumu kamu musnahkan disekolah dengan membantah cakap guru, malas buat latihan, membuang masa, tidak berusaha membina diri, melakukan perkara yang ditegah oleh sekolah dan masyarakat.

Namun ibumu tetap menyayangimu kerana kamu adalah anaknya, linangan air mata ketika mengadap pengetua menjelaskan segala kasihnya. Basah tudungnya oleh usapan air mata membayangkan kesalannya. Tunduk mukanya bersama kerutan wajah dan suara yang tertahan tidak pernah disangka akan terpaksa dizahirkan untuk membayangkan kesedihannya atas apa yang dibalas oleh anaknya.

Itulah sebahagian dari insan yang lupa pada pengorbanan dan harapan ibu mereka. Apakah anda ada termasuk dalam golongan ini. Atau ada sebahagian perkara pernah terjadi pada anda? Insaflah! Sementara kita masih boleh berpaling. Sementara kita masih ada ibu.

RAUNGAN INSAN BERNAMA IBU
Dari beberapa banyak mel(kiriman menerusi internet)yang diterima, terdapat satu luahan rasa seorang insan yang menginsafi kesilapannya kepada ibunya yang telah kembali ke Rahmatullah. Beliau telah menemui satu sajak yang ditulis oleh ibunya sebelum ibunya meninggal. Dipaparkan sajak ini untuk renungan bersama.

INILAH MASANYA

Jika kau ingin menyintai ibu
Cintalah ibu sekarang supaya ibu tahu
Keindahan dan kelembutan kasih
Yang mengalir kudus daripada sanubarimu

Cintalah ibu sekarang
Semasa ibu masih hidup
Usah tunggu sehingga ibu telah pergi
Kemudian barulah diukir di batu nisan
Dengan kata kata indah pada sekujur batu yang sepi

Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ibu
Tunjukkanlah pada ibu sekarang
Jika kau tunggu sehingga ibu mati
Sudah pasti ibu tidak dapat mendengar
Kerana kita dibatasi kelemahan

Oleh itu, jika kau menyintai ibu
Walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu
Lafazkan dan buktikan sekarang
Sementara ibu masih hidup
Agar ibu dapat menikmati dan menyanjunginya

Berita baik untuk guru: Kaedah baru kenaikan pangkat!!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan
pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan
jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Teknik Belajar Berkesan

Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberapa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.

Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar;

Teknik Belajar 5R-STUV

1. Recopy [salin semula]
2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4. Recheck [semak semula]
5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

1. s-sumarize [ringkaskan nota penting]
2. t-test your self [uji diri anda]
3. u-use [gunakan]
4. V-visualize [bayangkan selalu]

Teknik Belajar Secara Pembayangan

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalkan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur.

Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini.

Teknik Belajar PV3R

1. Preview (tinjauan awal)
2. Question (soal diri)
3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
4. Recite & write (lafaz dan tulis nota)
5. Review (tinjauan akhir)
6. Sumarize (ringkaskan)
7. Test your self (uji diri anda)
8. Use (gunakan)
9. Visualize (bayangkan)

7 Cara Cemerlangkan Otak

1. Positive mental attitude & positive physical action.
2. Air-clean air for the brain.
3. Mental Challenges for the brain.
4. Food for the brain.
5. Exercise for the brain.
6. Sleep for the brain.
7. Meditation & power brain.

Amalan peningkatan daya ingatan

1. Faham.
2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
4. Percaya pada diri sendiri.
5. Ulang berkali-kali.
6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.

Petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apayang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
-1. pastikan cahaya adalah terang
-2. kurangkan gangguan bunyi
-3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-5. kerusi dan meja menghadap kiblat
-6. jangan lupa untuk senyum

7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

9. Tahu teknik merangsang memori:
-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-3. mengingat kembali (recall)
-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

10. Sentiasa awal dan mendahului:
-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

14. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-2. memberikan tumpuan sepanuhnya
-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

16. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
17. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
18. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
19. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
20. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
21. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
22. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
23. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
24. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
25. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

26. Tahu petua mengulang kaji
-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-3. duduk tegak dikerusi yang selesa
-4. baca doa penerang hati
-5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-6. fikir dan ingat kembali isi utama
-7. catat/lakar
-8. semak semula ketepatan maklumat
-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-10. buat rumusan
-11. jawab soalan
-12. tampal maklumat yang rumit di dinding
-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

28. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

29. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-1. jangan makan kepala ikan
-2. jangan makan organ dalaman
-3. jangan minum semasa makan
-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-5. jangan melihat kemaluan
-6. jangan melihat buih
-7. jangan membaca nama pada batu nisan
-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-10. banyakkan makan kekacang
-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
-13. jangan kencing berdiri

31. Tahu kemahiran mengingat:
-1. tampal nota-nota penting di dinding
-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-3. gunakan kaedah akronim
-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

33. Cekap mengatur jadual belajar:
-1. mempunyai jadual belajar
-2. patuh kepada jadual
-3. buat jadual yang boleh diikuti

35. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
36. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
37. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
38. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
39. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
40. Pelbagaikan tempat belajar.
41. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
42. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

43. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-1. taat kepada Allah
-2. mendirikan sembahyang
-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-4. hormati & sayangi guru
-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-7. membantu rakan yang memerlukan
-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
-9. sentiasa bertawakal
-10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.Selamat Cemerlang!!!

Guru Penjana Transformasi Negara.

Lagu tema hari guru 2011

Menjadi lilin membakar diri demi anak bangsa.........

tu pentingnya english education..........

Sunday 22 May 2011

Apa kata anda??????

salam1Malaysia.....

 Buat seluruh warga SKKL, apa kata anda tentang disiplin murid kita. Ada bagus atau xda komen? 

Sebagai warga yang berdaulat, saya amat memohon kepada anda semua agar dapat memberi sedikit coretan agar SKKL mampu melahir murid yang " berdiplin dan berpengetahuan...kejayaan dalam genggaman....."

Wednesday 18 May 2011

PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA SKKL SEDIA BERKHIDMAT DENGAN PENUH DEDIKASI DEMI:

  • Memimpin dengan melahirkan pelajar yang kamil, berketrampilan, celik teknologi dan berbudaya ilmu yang positif.
  • Memimpin ke arah pencapaian cemerlang akademik ke tahap optima.
  • Memimpin kearah pencapaian cemerlang dan keunggulan dalam sukan dan kokurikulum.
  • Meningkatkan tahap sahsiah yang terpuji dan mengamalkan nilai-nilai murni sepanjang masa.
  • Menjalankan tugas dengan cekap, amanah, berkualiti dan bertanggungjawab.

MATLAMAT SEKOLAH

  • Memberi peluang kepada murid-murid mendapat pendidikan yang terbaik melalui kemudahan-kemudahan yang teratur dan rapi.
  • Melahirkan manusia yang berpendidikan yang bersedia menerima cabaran pada masa hadapan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  • Memberi latihan dan pengalaman kepimpinan dan kemasyarakatan.
  • Membina dan memupuk akhlak dan nilai-nilai hidup yang sesuai dengan kehendak masyarakat malaysia agar dapat menghasilkan golongan murid yang berdisiplin dan bermaruah tinggi.
  • merealisasikan sekolah berprestasi tinggi pada tahun 2015.

MOTO SEKOLAH

Bersama Menjana Kecemerlangan